“Terima Kasih Adikku Mendokan Yang Baik-Baik Buat Kami..” – Nur Fazura Beri Respon Surat Terbuka Puteri Balqis Buat Yamma

LocalEntertainment
15 Oct 2024 • 10:42 AM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Sebelum ini tular seketika apabila coretan pelakon remaja, Puteri Balqis kepada anak perempuan Nur Fazura dan Fattah Amin iaitu Fatima Aisya menjadi tumpuan netizen di media sosial.

Bukan sahaja netizen, ibu Fatima Aisya sendiri iaitu Nur Fazura tampil memberikan respon terhadap ‘surat terbuka’ Puteri Balqis itu.

Difahamkan, Fazura ada meninggalkan ucapan terima kasih kepada Puteri Balqis di bahagian komen hantaran tersebut.

MasyaAllah TabarakAllah, wise words from such a young and brilliant lady. Terima kasih adikku Balqis mendoakan yang baik-baik buat kami khususnya anakanda Fatima.

image is not available

You are admirable. Semoga Balqis terus kuat dan berjaya di dunia akhirat. Aminn Allahuma Aminn.

Terdahulu, Puteri Balqis menitipkan pesanan buat Nur Fatima Aisya agar sentiasa mengingati pengorbanan ibu bapanya meskipun sudah tidak lagi bersama.

Puteri Balqis juga turut berkongsi pengalaman dia berhadapan orang ramai yang mahukan dia membenci ibunya sendiri.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

image is not available 1 day ago

"Isteri Orang Pun Sama Menggedik" - Pertama Kali Live TikTok, Ragam Peminat Fattah Amin Jadi Tumpuan