Pelakon Uqasha Senrose berkongsi momen anaknya, Hawra Uqaira yang dibawa keluar berjalan-jalan oleh bekas suami yang juga pelakon, Kamal Adli.
Menerusi Instastory, Uqasha memuat naik video memaparkan Uqaira yang berdiri teruja melihat beberapa ekor ikan di dalam akuarium.
View this post on Instagram
Dalam perkongsian sama, pelakon drama Setelah Terlafaznya Akad itu turut merakamkan penghargaan kepada Kamal kerana meluangkan masa bersama anak mereka.
“Thank you ayah (Kamal) bawa Qeya (panggilan Uqaira) jalan-jalan,” kongsi Uqasha.
Pada masa sama, Uqasha memohon maaf kepada anaknya kerana tidak dapat bersama disebabkan komitmen kerja.
View this post on Instagram
“Sorry anak ibu, ibu shooting dari pagi ke pagi. Nanti bubu (Uqasha) bawa Qeya jalan-jalan pula okay,” katanya lagi.
Terdahulu, Uqasha dan Kamal sah bercerai talak satu di Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur pada 12 Januari 2026. Lafaz cerai dibuat oleh Kamal di hadapan Hakim Syarie Siti Noraini Mohd Ali selepas permohonan yang difailkan Uqasha pada 1 Oktober 2025.
Untuk rekod, pasangan ini mendirikan rumah tangga pada 4 November 2021 dalam majlis tertutup di Janda Baik, Pahang dan dikurniakan seorang cahaya mata, Hawra Uqaira.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

"Aku Dah Nak Bercerai Dengan Fuad, Sebab Aku Gatal Curang Dengan Lelaki Lain" - Tom GV
The post “Terima Kasih Ayah..” – Uqasha Senrose Titip Penghargaan Buat Kamal Adli, Bawa Anak Berjalan-Jalan first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.


