“Terima Kasih Cinta” – Netizen Syak Shila Amzah Dan Ubai Nak ‘Road To Halal’

Entertainment
24 May 2023 • 2:03 PM MYT
Oh! Media
Oh! Media

Made in Malaysia by Malaysian.

Tiada angin tiada ribut hari ini kecoh diperkatakan mengenai hubungan percintaan penyanyi Shila Amzah dengan kekasihnya Ubai.

Selepas lima bulan bercinta pasangan ini disyaki berpisah berdasarkan hantaran Instagram yang dibuat penyanyi lagu Patah Seribu itu. Biar betul?

Meninjau ke Instagram Story, pempengaruh dan Youtuber Ubai pula memuat naik quote jiwang berkata akan terus mencintai kekasihnya kerana tiada siapa yang membuatkan dia rasa bahagia seperti itu.

image is not available

Ubai juga menulis ringkas, ‘terima kasih cinta’ untuk memberi penghargaan kepada kekasihnya, Shila Amzah.

Sementara itu, di ruangan perkongsian Shila Amzah, ada netizen bersangka baik mengesyaki pasangan ini akan melangkah ke fasa berikutnya.

image is not available

image is not available

image is not available

image is not available

image is not available

Setakat ini, tak dapat dipastikan apakah status hubungan pasangan ini. Kita tunggu respon tuan badan sendiri.

Kredit: Instagram Ubai Mz

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh!Media.