“Terima Kasih Daddy Fatima..” – Fattah Amin Kirim Kad Sempena Hari Lahir, Doakan Nur Fazura Terus Bahagia

LocalEntertainment
27 Sep 2024 • 12:34 PM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Meskipun rumah tangga di ambang perceraian, pelakon Fattah Amin dilihat tetap mengirimkan kad dan sejambak bunga buat isterinya, Nur Fazura sempena hari lahir aktres itu hari ini.

Menerusi satu foto yang dimuat naik Fazura, suaminya itu mengirimkan bunga dan kad serta mendoakan yang terbaik buat isterinya itu.

image is not available

Selamat hari lahir mommy. Daddy doakan pada hari kelahiran mommy, akan sentiasa gembira, dimurahkan rezeki, diberi perlindungan Allah dan kebahagiaan dunia serta di akhirat selama-lamanya.

Fazura kemudian memberikan respon ringkas atas hantaran tersebut di mana dia mengucapkan ‘Terima Kasih daddy Fatima” buat Fattah.

Terdahulu, Fazura memaklumkan dia nekad mahukan perceraian daripada Fattah demi mempertahankan maruah dan kesejahteraan hidup anak mereka, Nur Fatima Aisya.

Fattah sebelum ini enggan melafazkan talak terhadap Fazura ketika proses sebutan perceraian mereka yang berlangsung di Mahkamah Rendah Syariah Petaling, Subang Bestari.

Mahkamah menangguhkan kes perceraian pasangan itu pada 7 Oktober ini.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

image is not available 4 days ago

"Apa Pun Terjadi Daddy Will Always Love You Two" - Foto Terakhir Fattah Bersama Fazura Dan Yamma Usik Sanubari Peminat