Terima kasih Mat Sabu jemput datang MAHA 2026 – Tun M

LocalPolitics
5 Sep 2026 • 9:09 PM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: Terima kasih Mat Sabu jemput datang MAHA 2026 – Tun M

PETALING JAYA – Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Seri Mohamad Sabu mencuri perhatian apabila dilihat mesra menyantuni bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad ketika menghadiri Pameran Pertanian, Hortikultur dan Agropelancongan Malaysia (MAHA) 2026, hari ini.

Menerusi perkongsian di Instagram, Mohamad atau lebih dikenali sebagai Mat Sabu dilihat mendekati Mahathir yang berkerusi roda selain bersalaman dan berbual mesra dengannya.

Pertemuan dua tokoh politik itu berlangsung ketika Mahathir mengunjungi MAHA 2026 bagi melihat sendiri perkembangan terkini sektor pertanian negara.

“Terima kasih Tun Dr. Mahathir Mohamad atas kesudian hadir memeriahkan MAHA 2026.

“Semoga Tun M terus dikurniakan kesihatan dan kekuatan,” katanya.

Sementara itu, Mahathir menerusi Threads turut merakamkan penghargaan kepada Mohamad atas jemputan untuk menghadiri pameran berkenaan.

“Terima kasih kepada Datuk Seri Haji Mohamad bin Sabu, Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, atas jemputan yang diberikan untuk saya menghadiri MAHA 2026 pada kali ini,” katanya.

Dalam kunjungan tersebut, Mahathir turut melawat beberapa ruang pameran termasuk Smart Farming bagi melihat perkembangan teknologi pertanian dan penternakan.

Menurutnya, sektor pertanian kini sudah jauh berubah berbanding dahulu dengan penggunaan teknologi seperti kecerdasan buatan (AI), Internet of Things (IoT), dron dan jentera moden.

“Dahulu, pertanian bermakna tenaga fizikal, cangkul di tangan dan bergantung sepenuhnya kepada cuaca serta pengalaman turun-temurun.

“Hari ini, teknologi pertanian berkembang dengan penggunaan AI, IoT, dron dan jentera moden,” katanya. – KOSMO! ONLINE

The post Terima kasih Mat Sabu jemput datang MAHA 2026 – Tun M appeared first on Kosmo Digital.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved