‘Terima kasih PMX, satu pengakuan berani' - Dr Akmal Saleh

LocalPolitics
21 Dec 2024 • 5:45 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Laporan Sinar Harian mengenai kenyataan Anwar Ibrahim berhubung kes Rosmah Mansor. (Gambar kecil: Dr Muhammad Akmal)

image is not available

SHAH ALAM - “Terima kasih PMX,” kata Ketua Pemuda, Datuk Dr Muhammad Akmal Salleh.

Beliau memuji kelantangan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang bersuara berhubung kes mahkamah melibatkan Datin Seri Rosmah Mansor.

“Satu pengakuan yang berani. Jadi segala tohmahan terhadap Rosmah dulu hanyalah sekadar fitnah jahat mahu menjatuhkan kerajaan Barisan Nasional (BN), apabila beliau dilepaskan daripada segala pertuduhan yang dihadapi olehnya beberapa hari lepas.

“Cincin Rosmah itu, Rosmah ini, semuanya ALLAH SWT telah tunjukkan kebenarannya hari ini,” katanya menerusi hantaran di Facebook pada Sabtu.

**media[2936802]**

Sebelum ini, Anwar sekali lagi menafikan pembabitannya dalam kes mahkamah melibatkan Rosmah.

Beliau sebaliknya menyatakan bahawa beberapa pendakwaan yang dibuat selepas Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) itu terburu-buru sehingga banyak ‘kecacatan’.

Dalam pada itu, Muhammad Akmal turut menitipkan rasa simpati terhadap keluarga Datuk Seri Najib Tun Razak yang menanggung semua tuduhan liar dilemparkan.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved