‘Terima kasih rakyat Pahang pinjamkan sultan yang penyayang’

30 Jan 2024 • 10:04 AM MYT
The Reporter
The Reporter

Malay site offers reporting updates and viral community news from Malaysia

image is not available

Selama lima tahun bersemayam di atas takhta kerajaan Malaysia, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah bertitah akan menamatkan pemerintahan sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-16 pada 30 Januari 2024.

Menerusi satu video tular di jaringan TikTok, satu majlis bersalaman bersama pegawai dan kakitangan istana telah dilangsungkan. Kelihatan pegawai dan kakitangan istana tidak dapat menahan sebak selepas bersalam dengan Al-Sultan Abdullah.

https://www.tiktok.com/@sophianabrahman77/video/7329447470558121234?is_from_webapp=1&sender_device=pc&web_id=7323881119455266305

Al-Sultan Abdullah dan Tunku Azizah juga turut dilihat sebak sehingga menitiskan air mata . Menerusi ruangan komen, ramai yang turut bersedih dan akan merindui pemerintahan baginda berdua.

Dalam Majlis Jamuan Negara malam tadi Al-Sultan Abdullah menzahirkan rasa terima kasih kepada seluruh rakyat Malaysia. Penghargaan tersebut kerana sudi menerima kehadiran Seri Paduka dan Raja Permaisuri Agong Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah.

“Saya akan berangkat pulang ke Pahang dengan satu perasaan yang sedih dan gembira serta bersyukur kerana amanah ini telah saya laksanakan dengan sepenuh kudrat keupayaan dan keikhlasan hati saya.

Jaga perpaduan dan hidup bermasyarakat

Al-Sultan Abdullah turut bertitah supaya seluruh rakyat Malaysia menjaga perpaduan dan semangat hidup bermasyarakat di negara ini sepenuh hati.

“Saya akan merasa amat bersedih seandainya perpaduan yang telah dibentuk ini runtuh kembali akibat kelemahan dan kealpaan kita.

“Dengan penuh rasa keinsafan dan tawaduk saya merafakkan kesyukuran ke hadrat Allah SWT di atas segala nikmat, keafiatan dan kemuliaan yang telah AllahSWT kurniakan kepada hamba-Mu ini,” titah Seri Paduka.