“Terima Kasih Suami, Dua Kali Hadap Muka Sebegini” – Wanita Ini Alami Alahan Teruk Saat Hamil

EntertainmentFamily & Parenting
16 Jun 2022 • 7:19 PM MYT
Oh! Media
Oh! Media

Made in Malaysia by Malaysian.

image is not available

Ibu mengandung sudah tentu mengalami pelbagai alahan terutama pada trimister pertama kehamilan kerana perubahan hormon yang dialami wanita terbabit.

Kebiasaan yang berlaku adalah loya dan muntah-muntah sehingga ada ibu-ibu turun berat badan dengan banyak.

Tetapi ada juga yang mengalami perubahan pada kulit wajah menjadi berkedut dan bengkak-bengkak. Seperti video tular di TikTok, seorang wanita berkongsi pengalaman alahan seperti itu ketika mengandung. Bukan sekali, tetapi dua kali!

@una.atirah

Simpan Sebagai Pengalaman. Kenangan. Terima kasih suami 2X mengandung hadap muka sebegini. Takyah tunggu Tua HAHAHA image is not availableimage is not available

♬ original sound – Alycha

Pengalaman yang dikongsi pengguna TikTok @una.atirah sehingga kini mendapat lebih 400,000 tontonan. Dia berterima kasih kepada suami yang sabar dan setia dengannya sepanjang tempoh kehamilan.

Di ruangan komen, ramai yang berkongsi pengalaman serupa yang dihadapi rakan-rakan dan saudara terdekat mereka.

Katanya, perubahan hormon seperti ini adalah normal dan sokongan orang terdekat adalah sangat penting.

image is not available

image is not available

image is not available

image is not available

Besarnya pengorbanan seorang ibu demi melahirkan seorang zuriat kan?

Kredit: TikTok @una.atirah

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh!Media.

View Original Article