
Baru-baru ini tular di media sosial isu melibatkan seorang bapa yang didakwa merujuk anaknya sebagai ‘mini wife’.
Individu itu didakwa turut memakaikan anak perempuannya yang baru 8 tahun dengan pakaian orang dewasa serta bersolek.
Perkara ini akhirnya mendapat perhatian serius Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Nancy Shukri.
Nancy Shukri pandang serius isu bapa eksploitasi anak
Nancy dalam satu kenyataan di X menegaskan tindakan mengeksploitasi kanak-kanak secara dalam talian tidak wajar sama sekali, walaupun dilakukan oleh ibu bapa sendiri.


Nancy turut berterima kasih kepada orang ramai yang pantas melaporkan isu ini kepada pihak berkuasa.
Terima kasih kepada semua yang melaporkan isu ini kepada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) dan Jabatan Pembangunan Kanak-Kanak (JPKK). Keselamatan dan kebajikan kanak-kanak sentiasa kami utamakan.
Setakat ini, isu berkenaan masih mendapat perhatian ramai netizen yang menuntut siasatan lanjut agar tiada lagi insiden melibatkan eksploitasi kanak-kanak berlaku di negara ini.
Pssttt! Kanak-kanak seharusnya dilindungi, bukan dijadikan bahan konten. Peranan ibu bapa sangat besar dalam memastikan keselamatan serta maruah anak-anak sentiasa terjaga.
Kredit: X
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.
** Dapatkan kemaskini harian Oh! Media setiap hari terus di emel melalui langganan percuma di bawah.
The post
appeared first on
.


