Terima Komen Jahat, Agensi Byun Wooseok Ambil Tindakan Undang-Undang

WorldEntertainment
15 Nov 2024 • 10:21 AM MYT
KimchiDaily
KimchiDaily

Kpop malay site consists of entertainment news, hot topics related to Korea

Agensi Byun Woo-seok telah mengambil tindakan undang-undang untuk melindungi pelakon tersebut.

Varo Entertainment mengumumkan bahawa mereka baru-baru ini telah memfailkan aduan jenayah terhadap hantaran dan komen jahat mengenai Byeon Woo Seok.

Kenyataan penuh daripada agensi adalah seperti berikut:

Baru-baru ini, Varo Entertainment memutuskan bahawa untuk melindungi hak pelakon kami, Byun Woo Seok, kami tidak boleh lagi mengabaikan fitnah dan penghinaan jahat yang dibuat terhadap beliau, dan kami telah mengambil tindakan undang-undang. Kami ingin mengemas kini anda mengenai perkembangan berkaitan.

image is not available

Agensi itu turut mendedahkan mereka telah mengumpulkan bukti yang mencukupi mengenai perbuatan jebayah seperti hantaran dan komen jahat yang berunsur fitnah, hinaan, gangguan seksual dan penyebaran berita palsu.

Menulis hantaran atau komen yang mengandungi fitnah jahat dan penghinaan atau menyebarkan berita palsu yang tidak berasas adalah satu tindakan jenayah yang jelas dan merupakan alasan untuk tindakan undang-undang. Agensi kami tidak akan berdiam diri melihat perbuatan jenayah seperti ini berlaku, dan kami akan bertindak balas dengan tindakan undang-undang yang tegas, tanpa sebarang penyelesaian atau kelonggaran, supaya pelaku mendapat hukuman yang setimpal.

Akhir sekali, agensi itu menegaskan bahawa mereka akan melakukan yang terbaik bagi melindungi hak dan kehormatan pelakon itu di masa hadapan.

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.