Terima Rasuah RM1.3 Juta, Blogger Ditahan Reman

12 May 2023 • 9:29 PM MYT
Getaran
Getaran

Menampilkan laporan semasa & terkini yang mencakupi pelbagai aspek kehidupan

image is not available
Perintah reman ke atas suspek selama dua hari sehingga esok dikeluarkan Majistret Irza Zulaikha Rohanuddin. - Gambar fail

KUALA LUMPUR - Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menahan reman seorang blogger bagi membantu siasatan berkaitan dakwaan rasuah dalam satu projek membabitkan nilai kira-kira RM41 juta di sebuah kementerian.

Perintah reman ke atas suspek selama dua hari sehingga esok dikeluarkan Majistret Irza Zulaikha Rohanuddin selepas SPRM membuat permohonan di Mahkamah Majistret Putrajaya, hari ini.

Menurut sumber, suspek lelaki yang mempunyai ramai pengikut berkenaan dipercayai menerima rasuah kira-kira RM1.3 juta daripada sebuah syarikat teknologi maklumat (IT) sekitar 2020.

Tambahnya lagi, permintaan dan pembayaran rasuah ini dipercayai dilakukan sebagai dorongan kepada suspek melobi supaya syarikat berkenaan berjaya dalam perolehan kontrak berkaitan.

Difahamkan, selain isu jenayah rasuah, SPRM juga akan melihat bagaimana tatacara perolehan projek tersebut dilaksanakan.

Pengarah Kanan Siasatan SPRM, Datuk Seri Hishamuddin Hashim ketika dihubungi mengesahkan tangkapan berkenaan dan kes disiasat mengikut Seksyen 16 ASPRM 2009.  – Getaran, 12 Mei 2023

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved