
Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman difahamkan menerima RM100,000 untuk bayaran jadi duta minyak wangi bersama penyanyi, Bella Astillah.
Jadi duta minyak wangi dengan Bella Astillah
Perkara tersebut dinyatakan Bella menerusi hantaran terbarunya di media sosial apabila memuat naik gambar bersama ahli politik muda itu sambil mempromosikan wangian berjenama Dolcea.
Instagram will load in the frontend.
Hasil jadi duta minyak wangi buat warga Muar
Apa yang menarik perhatian ramai sudah tentu nota kaki yang diselitkan Bella dimana menyatakan kesemua bayaran yang diterima Syed Saddiq telah disumbangkan terus ke parlimennya iaitu Muar sebanyak RM100,000.
“Syed Saddiq menyumbangkan kesemua RM100,000 dari ambassadorship dengan Dolcea ke Muar” tulisnya.
Bahagia betul jadi warga Muar
Perkongsian tersebut sudah tentu menjadi perhatian ramai apabila masing-masing meninggalkan komen mengatakan betapa bertuahnya rakyat Muar kerana mempunyai ahli parlimen yang cukup bertanggungjawab.
Dalam pada itu, mereka juga begitu teruja melihat gandingan pasangan yang dikatakan sedang bercinta sekali lagi selepas ‘marketing’ mereka terhadap jenama baju raya baru-baru ini berjaya.

Semoga terus murah rezeki YB

Orang Muar cukup beruntung

Terdahulu, Syed Sadiq telah menyumbangkan RM1 juta kepada warga Muar selepas menjadi duta kepada jenama pakaian hari raya bersama Bella Astillah.
Walau bagaimanapun, manfaat tersebut tidak diberikan melalui wang sebaliknya, sumbangan telah disalurkan dalam bentuk pakaian dan barangan keperluan harian.
Sumber: Instagram Bella Astillah

