Terima Sambutan Hebat, SBS Umum ‘Flex x Cop’ Akan Kembali Dengan Musim Ke-2

Entertainment
18 Mar 2024 • 1:13 PM MYT
KimchiDaily
KimchiDaily

Kpop malay site consists of entertainment news, hot topics related to Korea

image is not available

Terima sambutan memberangsangkan, drama “Flex x Cop” dijangka akan kembali dengan musim kedua!

Terbaru pada 18 Mac, pihak produksi mengumumkan,

Penulis Kim Ba-da sudah mula mengerjakan skrip untuk musim 2 dan kami sedang membincangkan musim 2 secara positif dengan pelakon utama seperti Ahn Bo-hyun dan Park Ji-hyun, yang sedang menyelaraskan jadual mereka.

Untuk pengetahuan, hanya tinggal dua episod sebelum tamat, “Flex x Cop” berjaya meraih rating tinggi mencecah 11% setakat ini.

image is not available

Sementara itu, drama ini mengisahkan tentang seorang lelaki dari keluarga kaya yang menjadi salah seorang detektif yang mahir dalam memberkas penjenayah.

Nantikan info lanjut!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.