Terima tawaran bekerja, Aliff Syukri kini CEO jenama fesyen popular

LocalWomen's Fashion
13 Feb 2025 • 12:50 PM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

Usahawan sensasi, Datuk Seri Aliff Syukri kini CEO atau Ketua Pengarah Eksekutif di sebuah syarikat jenama fesyen popular, Hijabistahub selepas berkongsi tawaran pelantikan baru-baru ini.

Menerusi satu hantaran di Instagram, hijabista.hub telah memuat naik satu video memaparkan pertemuan antara pengasas Hijabistahub, Wanie Elena dan Ahmad Syafiq Hilmi Zulkefly.

Aliff Syukri kini CEO Hijabistahub

Instagram will load in the frontend.

“Siapa sangka? Hijabistahub kini dipimpin oleh figura penuh kejutan dan semangat luar biasa! Tahniah kepada Datuk Seri Aliff Syukri atas pelantikan CEO baru Hijabistahub,” kata hantaran di ruangan kapsyen.

Pada video tersebut, Aliff telah tiba ke pejabat utama Hijabistahub untuk berbincang mengenai jawatan tersebut sekaligus menandatangani kontrak perlantikan sebagai CEO.

Dalam pada itu, Aliff juga telah melafazkan janji untuk memberikan yang terbaik kepada syarikat tersebut, sekaligus mengangkat nama Hijabistahub sebagai sebuah jenama yang lebih unggul.

image is not available

“Saya akan melaksanakan tanggungjawab yang terbaik untuk memastikan Hijabistahub menjadi jenama yang lebih unggul dan menjadi jenama nombor satu di Malaysia,” ujar Aliff.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warga maya mengucapkan tahniah kepada Aliff disamping berharap usahawan itu dapat memberikan yang terbaik untuk syarikat itu.

Pemilihan yang tepat

image is not available

Semoga sukses selalu

image is not available

Aliff Syukri kini CEO, tahniah!

image is not available

Menyala Datuk!

image is not available

Kalau dah jadi CEO, tak perlu keluarkan lagu raya

image is not available

Sebelum ini, Aliff telah berkongsi bahawa beliau menerima tawaran pelantikan sebagai CEO namun pada ketika itu, usahawan tersebut tidak menyatakan nama syarikat tersebut.

Pada perkongsian itu, syarikat tersebut menawarkan gaji pokok RM300,000 disamping turut menyediakan elaun khas berjumlah RM15,000.

Pihak syarikat tersebut berkata mereka memilih untuk memberikan tawaran tersebut kerana percaya dengan kemahiran Aliff yang mampu memberi anjakan positif untuk membangun perniagaan mereka.

Sumber: Instagram hijabista.hub