
Video memaparkan keadaan rumah seorang warga emas tinggal di sebuah rumah usang
‘Teringat Arwah Ibu’, Sebak Tengok Rumah Usang Mak Cik Jual Kerepek Tinggal Seorang Diri Di Tawau. Hati seorang wanita luluh apabila melihat warga emas sanggup ke bandar di Tawau, Sabah, untuk menjual kerepek bagi menyara hidup.
Menurut laporan, Nurhidaya Mahmud memuat naik kejadian itu di Facebook pada Jumaat lalu, selepas melihat warga emas itu dan memutuskan untuk menghantarnya pulang ke rumah di Jalan Kinabutan Ria, Tawau, Sabah.
Bagaimanapun, suasana bertambah pilu apabila wanita berkenaan tiba di rumah warga emas berkenaan yang kelihatan usang dan rosak.

Rasa sebak semasa berada di dalam rumah warga emas tersebut
“Mak cik ni tunjuk jalan di mana dia tinggal, sekali sampai, Allahuakbar tiba-tiba air mata terus deras mengalir tengok keadaan tempat tinggal makcik ini seorang diri.
“Ya ALLAH macam-macam dalam terlintas dalam fikiran makcik ini makan apa, hujan ribut sendiri, sakit,” katanya dalam satu hantaran Facebook miliknya.
Sementara itu, Nurhidaya Mahmud tidak dapat menahan sebak sepanjang berada di rumah warga emas itu, lantas menginsafi diri yang adakalanya mempersoalkan takdir ALLAH.

Minta orang ramai bantu warga emas itu
Dalam pada itu, beliau turut meminta orang ramai membantu warga emas itu dengan menghantar keperluan asasnya.
“Dalam hati, ada lagi org lagi susah dari kita yang selalu mengeluh dan mempersoalkan takdir ALLAH.
“Mak cik tinggal di Jalan Kinabutan Ria dan sesiapa yang lalu situ bolehlah kita hantarkan keperluan seharian mak cik ni. Semoga kita semua dilimpahkan rezeki dan kesihatan yang baik,” katanya.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen turut meluahkan rasa sedih dengan keadaan hidup mak cik tersebut tinggal sehelai sepinggang di rumah usang dan perlu bekerja pada usia yang lanjut.

![[VIDEO] Sanggup Ke Bandar Nak Jual Kerepek, Ramai Tersentuh Tengok Warga Emas Tinggal Di Rumah Usang](https://cdn.newswav.com/img/topic/entertainment.jpeg)
![[VIDEO] "Sebak Rasa Hati" : Pemandu E-Hailing Terjumpa Nenek Uzur Tinggal Rumah Daif Berseorangan Di Tawau, Sabah!](https://cdn.newswav.com/img/web-revamp/broken-placeholder.png)
