“Teringat Musa, Mungkin Rindu Yang Tak Terluah..” – Lagu Baharu Noh Salleh Cetus Spekulasi Peminat

LocalEntertainment
10 Sep 2024 • 11:40 AM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Penyanyi dan komposer terkenal, Noh Salleh tampil mencuri perhatian peminat menerusi lagu baharunya berjudul Rahsia Tuhan.

Pelancaran lagu tersebut nampaknya menuai spekulasi netizen terutamanya peminat kerana muzik videonya yang berunsurkan kasih sayang seorang bapa terhadap anaknya.

Difahamkan, lagu tersebut akan menjadi lagu tema bagi sebuah filem bertajuk Babah yang bakal ditayangkan tidak lama lagi.

Menjengah ke ruangan komen, peminat mula menyatakan perasaan mereka mengenai lagu tersebut.

Kata netizen, mereka memahami perasaan Noh dan mendakwa lagu itu seperti menyampaikan rasa rindu terhadap anaknya, Musa.

Tengok video muzik ni teringat dekat Musa, mungkin lagu ini luahan rindu untuk anak dia.

Lagu dedikasi untuk Musa, aku faham Noh apa yang. kau nak sampaikan. Rindu dendam itu amat perit.

Terdahulu, usai perceraian Noh bersama bekas isteri, penyanyi Mizz Nina, wujud perebutan penjagaan anak mereka, Musa.

image is not available

image is not available

Isu penjagaan anak itu turut melibatkan ibu kandung Musa yang menuntut Noh Salleh untuk membuat permohonan maaf secara terbuka gara-gara insiden tersebut.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

image is not available 5 days ago

"Alhamdullilah, Dah Selesai, Minta Maaf" - Respon Ira Kazar Setelah Cerai Talak Satu Dengan Syamsul Yusof

View Original Article