“Teringat Waktu Dia Sakit” – Elyana Dikecam Menari Trend ‘Swipe’

Entertainment
4 Nov 2022 • 2:01 PM MYT
Oh! Media
Oh! Media

Made in Malaysia by Malaysian.

image is not available

Penyanyi lagu Kalis Rindu, Elyana menjadi tumpuan netizen selepas dia membuka tudung dengan alasan mahu menjadi diri sendiri.

Keputusan Elyana itu bagaimanapun tak disambut baik para peminat. Peminat mula membandingkan penyanyi ini yang dilihat dah elok bertudung semasa sakit, tapi buka tudung selepas pulih daripada sakit kanser.

Terbaru, Elyana sekali lagi dikecam selepas tampil dengan video trend terbaru TikTok iaitu ‘Swipe’ nyanyian asal Alyph.

Dalam video itu, penyanyi berusia 35 tahun ini dilihat menari sambil berlatar belakangkan cahaya lampu merah serta biru.

Di ruangan komen, netizen meluahkan rasa kecewa melihat penyanyi itu ligat menari. Ramai yang mengimbau kembali Elyana yang dikatakan lebih sopan dulu. Namun kini dah mula menari lepas bebas kanser limfoma penghujung tahun lalu.

image is not available

image is not available

Apa pendapat korang pulak?

Kredit: Instagram Elyana | xtra

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh!Media.