Teringin Nasi ‘Pengilan’, Kukus Nasi Minyak Hidang Menu Kenduri Di Vivacity Kuching

4 Feb 2023 • 5:09 PM MYT
I Love Borneo
I Love Borneo

Laman infotainment, gaya hidup dan pelancongan di Borneo

image is not available

Kukus Nasi Minyak baru saja dibuka di Vivacity

Teringin Nasi ‘Pengilan’, Kukus Nasi Minyak Hidang Menu Kenduri Di Vivacity Kuching. Nasi minyak, ayam masak merah, daging hitam dan jelatah sememangnya sinonim dengan hidangan di majlis perkahwinan orang Melayu.

Selain meraikan pasangan mempelai, hidangan di majlis ‘pengilan’ atau majlis kahwin juga sangat ditunggu-tunggu oleh tetamu.

image is not available
Teringin Nasi ‘Pengilan’, Kukus Nasi Minyak Hidang Menu Kenduri Di Vivacity Kuching. Kredit: Vivacity Megamall

Memang puas hati dapat makan lauk-lauk kenduri ini kan?

Bagi sesiapa yang teringin menikmati juadah kenduri tetapi tiada jemputan ke majlis kahwin, usah risau kini restoran yang berkonsepkan menu majlis kenduri ibarat cendawan tumbuh selepas hujan.

Ada menu ayam masak merah, daging hitam dan kaceri nanas

Antara salah satu lokasi yang menyediakan hidangan lauk-pauk kenduri adalah restoran Kukus Nasi Minyak.

image is not available

Terletak di dalam pusat beli belah Vivacity, restoran ini menjadi tumpuan netizen pada hari ini kerana buat pertama kalinya restoran berkonsepkan menu kenduri pertama kali di buka di dalam Mall di Kuching.

Restoran ini baru sahaja beroperasi pada hari ini dan khabar gembira itu telah dikongsikan oleh pihak Vivacity menerusi akaun Facebook mereka.

Menyajikan menu ‘signature’ kenduri seperti daging masak hitam, ayam masak merah, kaceri nanas dan sebagainya pastinya hidangan ini akan memberikan anda suasana seperti berada di majlis kahwin. Bezanya, hidangan ini disantap di dalam Mall. Menarik bukan!

image is not available

Waktu operasi

Paling best, anda boleh menikmati hidangan kenduri ini setiap hari di Kukus Nasi Minyak, Vivacity.

Harganya juga berpatutan.

Lokasi: Tingkat 1, Vivacity Kuching

Waktu operasi : Setiap hari dari jam 10 pagi hingga 10 malam

Baca lagi artikel terkini: