‘Terjah’ Landasan Sehingga Tren Tergendala, Lelaki Didakwa Di Mahkamah

29 Mar 2023 • 6:16 PM MYT
Getaran
Getaran

Menampilkan laporan semasa & terkini yang mencakupi pelbagai aspek kehidupan

image is not available
Kejadian berlaku pada jam 8.09 pagi selepas penggera landasan berbunyi dan didapati terdapat seorang lelaki tempatan berada di landasan platform 1 (northbound). - Gambar fail

KUALA LUMPUR – Seorang lelaki bukan sahaja ditahan pihak Polis Bantuan Kumpulan Prasarana Malaysia Berhad (PRASARANA), malah dihadapkan ke Mahkamah Petaling Jaya semalam, selepas bertindak turun ke landasan untuk mengambil earphone atau fon telinga yang jatuh di situ.

Dalam kejadian di Stesen Transit Aliran Ringan (LRT) Taman Paramount, Petaling Jaya kelmarin, individu berumur 23 tahun itu melulu ingin mengambil barangan terbabit, sebelum sistem penggera landasan berkenaan berbunyi.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Fakhrudin Abdul Hamid berkata, pihaknya menerima laporan insiden pada jam 9.28 pagi kelmarin.

Menurut beliau, polis dimaklumkan bahawa lelaki itu ditahan Polis Bantuan Prasarana.

“Kejadian berlaku pada jam 8.09 pagi selepas penggera landasan berbunyi dan didapati terdapat seorang lelaki tempatan berada di landasan platform 1 (northbound).

“Lelaki itu dikesan mengambil earphone di landasan terbabit hingga menyebabkan tren tergendala selama tiga minit,” katanya seperti dilaporkan Sinar Harian.

Beliau berkata, lelaki tempatan itu kemudian ditahan atas kesalahan menceroboh landasan tren.

“Lelaki terbabit dituduh di Mahkamah Petaling Jaya pada Selasa di bawah Seksyen 62 Akta Keretapi 1991.

“Orang ramai dinasihatkan supaya mematuhi undang-undang dan tidak melakukan perbuatan jenayah,” katanya. – Getaran, 29 Mac 2023

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved