Terjatuh dari feri, warga Indonesia dikhuatiri lemas

2 Sep 2024 • 2:59 PM MYT
Daily Express
Daily Express

Daily Express Online (Malaysia) is Sabah's top-ranked & most viewed English news site. It is also Sabah's leading & most circulated daily English newspaper.

image is not available

By: Winnie Kasmir

KINABATANGAN: Seorang lelaki warga Indonesia dikhuatiri lemas selepas terjatuh dari feri yang mengangkut barang di sungai Ladang Tomanggong di sini, petang Ahad.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Kinabatangan Azlan Shah Jamalludin berkata, pihaknya bergegas ke lokasi kejadian selepas menerima panggilan kecemasan jam 1.22 petang.

Bagaimanapun, pasukan penyelamat tiba di lokasi pada jam 4.40 petang selepas menempuh jarak 192 kilometer ke lokasi.

Azlan berkata pengadu memberitahu mangsa berusia 45 tahun itu terjatuh dari feri yang membawa barangan ketika menyeberangi sungai pada 9.55 pagi.

SPONSORED CONTENT Hajiji says young business professionals' inputs needed to develop Sabah Kota Kinabalu: Chief Minister Datuk Seri Hajiji Noor said he welcomed inputs from young business professionals to assist in policy formulation. Read more “Operasi mencari dan menyelamat kemudiannya dimulakan dengan bantuan bot penduduk kampung dan bot milik Ladang Tomanggong.

“Operasi itu merangkumi radius pencarian sejauh tiga kilometer dengan menyelusuri sungai di sekitar lokasi mangsa dilaporkan terjatuh,” katanya dalam satu kenyataan.

Mangsa masih belum ditemui dan operasi mencari diteruskan hari ini (Isnin).

* Follow us on Instagram and join our Telegram and/or WhatsApp channel(s) for the latest news you don't want to miss.

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.