Terjatuh Kerana Tompokan Gris Licin, Pramugara Asal Malaysia Saman Singapore Airlines Lebih RM6.3 Juta

14 Feb 2024 • 3:42 PM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Seorang bekas kru kabin Singapore Airlines (SIA) telah menuntut ganti rugi lebih SGD1.7 juta (RM6.3) dari syarikat tersebut setelah mendakwa terjatuh ketika bertugas dalam salah satu pesawat milik SIA.

Jatuh akibat gris

Menurut sumber, difahamkan Durairaj Santiran yang merupakan warga Malaysia mendakwa terjatuh dan tergelincir akibat tompokan gris yang licin di dalam pesawat A350 ketika dalam penerbangan dari San Francisco ke Singapura pada 5 September 2019.

Menurutnya, dia telah terjatuh dah kepalanya terhentak ketika penerbangan menyebabkan dia didiagnosis dengan prolaps cakera serviks, atau slipped disc. Oleh kerana isiden itu, dirinya tidak lagi mmapu bekerja sebagai pramugara.

image is not available

Sumber : Gambar Hiasan  

Tuntutan yang dibuat

Susulan itu, Durairaj telah meminta ganti rugi sebanyak SGD1.29 juta (RM4.57 juta) bagi kerugian pendapatan masa depan, SGD30K (RM106K) untuk kerugian keupayaan mencari pendapatan serta SGD150K (RM531K) bagi kos perubatan dan pengangkutan masa depan.

Dalam kesnya, dikatakan bahawa SIA telah gagal menyediakan sistem kerja dan tempat yang selamat. Ia juga didakwa gagal menangani dengan secukupnya kehadiran tampalan gris sehingga menyebabkan kawasan itu menjadi tidak selamat buat para penumpang dan kakitangan.

Fakta bahawa defendan tidak mengambil sebarang ‘langkah pencegahan’ menunjukkan kecuaian defendan kerana sistem kerja tidak mencukupi dan tempat kerja dibiarkan tidak selamat.

Untuk info, Durairaj bekerja sebagai kru kabin di SIA dari April 2016 hingga April 2021. Kini dia bekerja sebagai penganalisis penjagaan pelanggan di Malaysia.

image is not available 2 months ago

"Saya Tak Rasa Krew Yang Buat Tapi.." - Bekas Pramugara Dedah Kecuaian Kak KM Punca Pencurian Atas Pesawat