Terjumpa Motosikal Asing Di Luar Rumah, Rupa-Rupanya Bakal Pencuri Bertapuk Di Atas Pokok

25 Aug 2022 • 1:52 PM MYT
I Love Borneo
I Love Borneo

Laman infotainment, gaya hidup dan pelancongan di Borneo

image is not available

Bersembunyi di atas pokok selepas disyaki memecah masuk rumah

Terjumpa Motosikal Asing Di Luar Rumah, Rupa-Rupanya Bakal Pencuri Bertapuk Di Atas Pokok. Dilaporkan dua lelaki telah berjaya ditahan selepas didapati bersembunyi di atas pokok.

Difahamkan, kedua-dua suspek bertindak untuk bersembunyi di atas pokok selepas memecah masuk sebuah rumah di Jalan Pujut 8 di Lutong pada malam Selasa.

image is not available
Terjumpa Motosikal Asing Di Luar Rumah, Rupa-Rupanya Bakal Pencuri Bertapuk Di Atas Pokok

Kehadiran mereka disedari sebaik sahaja pemilik rumah pulang ke rumah

Menurut laporan, kejadian berlaku sekitar jam 8:15PM apabila sepasang suami isteri pulang dari makan malam dan menyedari sebuah motosikal asing di rumah mereka.

Sebaik sahaja menyedari motosikal tersebut, sebuah panggilan bantuan dibuat kepada Miri Residents Committee (RC) oleh pasangan berkenaan apabila mereka menyedari dua lelaki telah bersembunyi di sebatang pokok berhampiran.

Kata mereka, dua lelaki berkenaan bersembunyi sebaik menyedari pasangan tersebut dan disyaki memecah masuk rumah pasangan itu sebelum pasangan berkenaan pulang ke rumah.

Ditahan dan diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut

Pengerusi RC Miri, Malateh Mahmud berkata, unit peronda dihantar ke rumah itu dan berjaya menahan dua suspek lelaki tersebut.

Kedua-dua suspek, berusia 30-an, kemudian diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut.

image is not available
Gambar sekadar hiasan.

Lagi di sini: