‘Terkandas di Jakarta, hotel semua penuh’

6 Sep 2026 • 3:38 PM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: ‘Terkandas di Jakarta, hotel semua penuh’

PETALING JAYA – Keadaan di Terminal 3 Lapangan Terbang Antarabangsa Soekarno-Hatta, Jakarta dilaporkan sesak petang ini apabila ramai penumpang terkandas susulan gangguan penerbangan akibat letusan Gunung Anak Krakatau.

Situasi itu turut menjejaskan rakyat Malaysia apabila ada antara mereka mendakwa terpaksa mencari penginapan selepas penerbangan pulang ke tanah air dibatalkan.

Menerusi perkongsian di Threads, seorang pengguna dikenali sebagai @spritzerphilips memuat naik gambar dan video memperlihatkan terminal berkenaan dipenuhi penumpang bersama bagasi masing-masing.

“Terkandas di Indonesia, tak dapat balik Malaysia. Minta tolong kedutaan dekat sini pun katanya mereka pun tak boleh nak tolong. Nak cari hotel banyak yang dah penuh, aduh pening kepala,” tulisnya.

Menjawab pertanyaan pengguna lain, wanita itu turut memaklumkan penerbangan yang sepatutnya dinaikinya adalah menggunakan Malaysia Airlines.

Dalam pada itu, personaliti televisyen, Nuar Yusli turut berkongsi situasi terkini di Terminal 3 Soekarno-Hatta yang kelihatan sesak dengan penumpang.

“Soekarno-Hatta International Airport, Terminal 3 right now. Sesak dan terkandas,” tulisnya.

Menerusi ruangan komen, Nuar turut berharap keadaan kembali baik esok selepas seorang pengguna meninggalkan pesanan supaya terus kuat berdepan situasi tersebut.

Sebelum ini Kosmo! melaporkan kegusaran orang ramai selepas penerbangan dua hala melibatkan Jakarta dan Kuala Lumpur dibatalkan susulan gangguan abu vulkanik Gunung Anak Krakatau.

Setakat pukul 2 petang, Malaysia Airlines dan Batik Air dilaporkan membatalkan keseluruhan 20 penerbangan antara Malaysia dan Jakarta hari ini akibat gangguan berkenaan.

Daripada jumlah itu, Malaysia Airlines membatalkan 12 penerbangan Kuala Lumpur-Jakarta iaitu MH713, MH712, MH711, MH710, MH717, MH716, MH721, MH720, MH723, MH722, MH7245 dan MH725.

Batik Air pula membatalkan lapan penerbangan iaitu OD398, OD399, OD346, OD347, OD388, OD389, OD390 dan OD391, termasuk enam perkhidmatan antara KLIA-Jakarta serta dua lagi antara Subang-Jakarta. – KOSMO! ONLINE

The post ‘Terkandas di Jakarta, hotel semua penuh’ appeared first on Kosmo Digital.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved