Terkandas di Kelantan, graduan lengkap berjubah buat ‘konvo sendiri’ versi banjir

LocalEntertainment
2 Dec 2024 • 8:32 PM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

image is not available

Graduan lengkap berjubah buat konvo sendiri di kawasan rumahnya susulan terkandas untuk ke istiadat konvokesyen di universiti disebabkan banjir besar yang terjadi di Pantai Timur.

Perkara tersebut dikongsikan sendiri akaun TikTok Naqishah apabila memuat naik momen isterinya yang sepatutnya menghadiri konvokesyen di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) memakai jubah dan mortar sambil menerima sejambak bunga daripadanya susulan tidak dapat menghadiri istiadat tersebut di Bangi.

Graduan lengkap berjubah ‘konvo’ depan rumah

Menerusi kapsyen yang disertakan, dia berseloroh mengatakan konvokesyen yang diadakan sendiri itu adalah versi banjir susulan terkandas di Kelantan kerana kawasan kediaman dinaiki air.

Graduan lengkap berjubah harap dapat hadiri konvo tahun hadapan

Dalam pada itu, Naqishah turut menyatakan yang isterinya, Siti Nur Fatihah Che Ghani telahpun menghantar email kepada pihak universiti bagi memohon menghadiri konvokesyen bagi Diploma Pendidikan Lepasan Ijazah untuk sesi tahun hadapan dan berharap ia dapat menerima maklum balas yang positif.

image is not available

Tahniah & jangan sedih-sedih tau!

Perkongsian tersebut telah mendapat perhatian ramai dan rata-rata mengucapkan tahniah diatas kejayaannya bergraduasi.

Mereka juga berharap agar pengguna TikTok berkenaan tidak bersedih dan mendoakan supaya urusannya ketika menghadapi bencana alam dipermudah.

image is not available

Konvo kali ini cabaran dia banjir

image is not available

Mungkin ada rezeki lebih besar Allah nak beri

image is not available

Banjir yang sedang berlaku di beberapa kawasan di Pantai Timur dikatakan lebih buruk berbanding 2014 yang lalu dan Kelantan menjadi negeri paling terjejas ketika ini sehingga beberapa kawasan tidak dapat dilalui memandangkan air masih ditahap yang berbahaya.

Sumber: TikTok Naqishah