Terkejut Beg Silang Dipenuhi Seluar Dalam Wanita, Lelaki ‘Nafsu Pelik’ Ini Berjaya Ditahan

16 Jun 2023 • 9:55 AM MYT
I Love Borneo
I Love Borneo

Laman infotainment, gaya hidup dan pelancongan di Borneo

image is not available

Beg silang milik lelaki tersebut dipenuhi dengan 25 seluar dalam wanita

Terkejut Beg Silang Dipenuhi Seluar Dalam Wanita, Lelaki ‘Nafsu Pelik’ Ini Berjaya Ditahan. Seorang lelaki berusia 45 tahun ditahan pihak polis di sebuah kawasan perumahan di Seri Petaling selepas didapati mencuri pakaian dalam wanita dengan tujuan untuk digunakan sebagai ‘penaik nafsu syahwat’, lapor media.

Menurut Ketua Polis Daerah Brickfields, Asisten Komisioner Amihizam Abdul Shukor berkata, lelaki itu ditangkap selepas pihanya menerima laporan daripada penduduk.

image is not available
Terkejut Beg Silang Dipenuhi Seluar Dalam Wanita, Lelaki ‘Nafsu Pelik’ Ini Berjaya Ditahan

Lelaki ini berjaya ditangkap setelah kantoi dengan perbuatan tidak senonohnya itu.

Lelaki tersebut dikesan sedang memerhati pakaian dalam wanita yang disidai di kawasan perumahan, kemudian bertindak menghubungi pihak polis dan memaklumkan tentang suspek yang dalam keadaan mencurigakan.

Ketua Polis Daerah Brickfields berkata bahawa suspek yang ditahan telah mengaku mencuri 25 helai pakaian dalam wanita di tiga buah rumah yang berbeza untuk memuaskan nafsu seksualnya.

image is not available

Mahkamah kemudian menjatuhkan hukuman penjara sebulan terhadapnya

Semua pakaian dalam itu telah dijumpai dalam bekas silang yang dibawanya sebelum ditangkap oleh pihak polis. Polis turut merampas 25 pakaian wanita pelbagai jenama.

Beliau juga menyatakan bahawa suspek itu mempunyai sembilan rekod kesalahan di dalam rekod jenayah, termasuk curi dan dadah berbahaya. Barang-barang yang dirampas akan disiasatkan oleh pihak polis untuk tindakan selanjutnya.

“Lelaki tersebut dituduh di Mahkamah Kuala Lumpur mengikut Seksyen 379 Kanun Keseksaan dan mengaku bersalah atas pertuduhan dibacakan. Mahkamah kemudian menjatuhkan hukuman penjara sebulan terhadapnya,” katanya.

image is not available

Lagi artikel semasa, anda boleh baca pautan di bawah: