Terkejut Dipeluk Kim Jong Un Tiba-Tiba, Askar Korea Utara Hanya Mampu Tenung Lantai

17 Oct 2022 • 11:42 PM MYT
Siakap Keli
Siakap Keli

We’re a fast growing company with over 20 million page views per month.

image is not available

Terkedu dipeluk pemimpin, seorang askar Korea Utara dipercayai dilihat seakan berada dalam ketakutan melihat ke lantai selepas Kim Jong Un datang menghampirinya dan memeluknya, lapor Daily Mail.

Keadaan ‘janggal’ itu berlaku semasa Kim melawat Instituti Revolusi Mangyongdae di Pyongyang, kemungkinan beberapa hari selepas melancarkan siri peluru berpandu balistik ke arah rantau Jepun baru-baru ini.

Difahamkan institusi yang ditubuhkan sejak 1947 itu merupakan institusi berprofil tinggi dan hanya orang-orang tertentu sahaja boleh dibenarkan masuk iaitu Parti Pekerja Korea, Tentera Rakyat Korea, pentadbiran dan keluarga pegawai berpangkat tinggi.

image is not available
Gambar: Rodong Sinmun via Nknews

Semasa lawatan itu, pemimpin tersebut digambarkan tersengih ketika dia meletakkan lengannya di sekeliling askar itu dan menekup mukanya dengan tangannya yang lain.

Namun askar itu hanya ‘mampu’ melihat ke lantai sahaja, dipercayai menunjukkan dengan jelas bahawa dia tidak selesa dengan pelukan tiba-tiba daripada salah seorang pemerintah paling terkenal di dunia tersebut.

Lawatan Kim tersebut turut ditemani isterinya Ri Sol Ju dan kesemua mereka dilihat turut bergambar bersama murid dan kakitangan institusi, namun tujuan kedatangannya itu masih belum diketahui.

Semasa lawatan itu juga, Kim turut dilihat bertemu dengan pemimpin sekolah itu dan menghadiri jamuan di kantin sebelum menyaksikan demonstrasi oleh beberapa pelajar.

Korea Utara sedia untuk berperang

image is not available
Gambar: KCNA via Telegraph

Sementara itu, dalam perkembangan lain kira-kira 10 pesawat tentera Korea Utara dilihat berterbangan berhampiran de-facto pada minggu ini dan dilabel sebagai tindakan balas kepada provokatif oleh jirannya di selatan.

Ketua kerjasama bersama Korea Selatan berkata pesawat dilihat terbang hampit 12 kilometer ke utara sempadan antara kedua-dua negara lewat Khamis dan awal Jumaat lalu.

Tidak lama selepas itu, peluru berpandu balistik jarak dekat ditembak oleh tentera Kim Jong Un ke arah perairan timur yang merupakan pelepasan terbaru dalam siri pelancaran.

JCS berkata pada 1.49 pagi peluru berpandu itu berlepas dari wilayah ibu kota utara dan ia telah meningkatkan postur pengawasannya dan mengekalkan kesediaan ketenteraan dalam penyelarasan rapat dengan Amerika Syarikat.

Menurut Daily Mail, Kim Jong Un berkata negaranya sudah bersedia sepenuhnya untuk perang sebenar selepas dua peluru berpandu jelajah jarak jauh dilepaskan oleh negara autoritarian itu.

Sumber: Daily Mail