'Terkejut nama dipanggil, rindu suara orang Malaysia.' Gelagat Dara, Amoi dan Kelat di Jepun curi perhatian ramai

LocalWorld
28 Apr 2026 • 10:17 AM MYT
SinarPlus
SinarPlus

SinarPlus is a portal based on News, Current Affairs and Lifestyle content

Image from: 'Terkejut nama dipanggil, rindu suara orang Malaysia.' Gelagat Dara, Amoi dan Kelat di Jepun curi perhatian ramai

BARU-baru ini tular beberapa video memaparkan tiga ekor gajah Malaysia, Dara, Amoi dan Kelat yang kini berada di Zoo Tennoji di Osaka, Jepun.

Perkongsian pengguna TikTok @qasehdeeyana2  tentang gelagat tiga ekor gajah Zoo Taiping & Night Safari (ZTNS) menyentuh hati terutama apabila nama ia dipanggil dalam loghat atau bahasa Melayu. Seolah-olah tahu 'orang kampung' datang melawat.

Image from: 'Terkejut nama dipanggil, rindu suara orang Malaysia.' Gelagat Dara, Amoi dan Kelat di Jepun curi perhatian ramai
Image from: 'Terkejut nama dipanggil, rindu suara orang Malaysia.' Gelagat Dara, Amoi dan Kelat di Jepun curi perhatian ramai

"Dara, Amoi, Kelat, gajah Malaysia," tuturnya yang ke sana untuk melancong.

Namun apa yang menyentuh hati, ketiga-tiga ekor mamalia itu terpaku menangkap suara yang memangggil nama mereka.

Bagaimanapun, sebelum ini, netizen mula bimbang dan mendakwa melihat keadaan fizikal terjejas dan emosi yang kurang baik.

Image from: 'Terkejut nama dipanggil, rindu suara orang Malaysia.' Gelagat Dara, Amoi dan Kelat di Jepun curi perhatian ramai

Amoi berusia sembilan tahun, Dara ,14, dan Kelat, 20, dipindahkan sebagai sebahagian daripada Program Konservasi Gajah Malaysia bertujuan untuk pembiakan dan penyelidikan.

Sekumpulan badan bukan kerajaan (NGO) baru-baru ini meminta penjelasan susulan dakwaan salah satu daripadanya mengalami kecederaan di kaki selain gading.

#DAK #gajahmalaysia #sinarplus #lifestylesinarharian

Video: TikTok qasehdeeyana2

Sekadar info, Dara, Amoi dan Kelat itu dipindahkan ke Jepun pada 10 Mac menerusi penerbangan khas yang mengambil masa selama enam jam.

Penghantaran itu adalah sebahagian daripada kerjasama dua hala yang dirancang rapi sejak 2022 dan diselaraskan Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (PERHILITAN).

Amoi berusia sembilan tahun, Dara (14) dan Kelat (20) dipindahkan sebagai sebahagian daripada Program Konservasi Gajah Malaysia bertujuan untuk pembiakan dan penyelidikan.

Awal bulan lalu, Pengerusi Jawatankuasa Perumahan dan Kerajaan Tempatan Perak, Ng Shy Ching berkata, kesemua gajah berkenaan kekal sebagai milik ZTNS dan tidak melibatkan sebarang pemindahan hak milik atau urus niaga jual beli.

View Original Article