Terkejut ular sawa muncul di stor

8 Mar 2024 • 1:08 PM MYT
Daily Express
Daily Express

Daily Express Online (Malaysia) is Sabah's top-ranked & most viewed English news site. It is also Sabah's leading & most circulated daily English newspaper.

image is not available

Tuaran: Seorang lelaki berdepan detik cemas selepas menyaksikan seekor ular sawa batik yang berada di dalam stor berhampiran rumahnya di Kampung Rongolis, Topokon dekat sini, Rabu.

Pengadu dikenali Mohd Safuan, 21, berkata kejadian kira-kira jam 11.30 pagi itu disedarinya ketika dia sedang membersihkan kawasan stor yang terletak di belakang rumah.

“Ketika itu, saya sedang menyapu di dalam stor dan terkejut melihat pergerakan agresif seekor ular sawa jenis batik di bawah meja”.

“Reptilia bertindak demikian berkemungkinan terkejut selepas turut menyedari kehadiran saya sebelum saya bergegas keluar lalu menutup pintu stor,” katanya dihubungi.

SPONSORED CONTENT Sabah revenue hits RM6.97 billion: Hajiji says GRS State Government may see full term Kota Kinabalu: The Sabah Government continued its momentum in managing the economy in line with the commitment and spirit of the Sabah Maju Jaya (SMJ) when it posted record high state revenue of RM6.973 billion last year. Read more Pengadu yang bimbang akan keselamatan keluarganya menghubungi pihak Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) untuk mendapatkan bantuan menangkap reptilia berkenaan.

Terdahulu, Pegawai APM Daerah Tuaran, Jimmy Alberto Tining berkata, sebaik menerima aduan jam 11.38 pagi, sepasukan anggota bergegas ke lokasi kejadian.

“Sebaik tiba, skuad APM mendapati reptilia berukuran panjang tiga meter yang dianggarkan seberat 11 kilogram itu berada di stor milik pengadu dan bertindak menangkap ular terbabit.

“Operasi mengambil masa selama sepuluh minit selepas skuad APM berjaya menjinakkan reptilia yang agresif,” katanya.

Jimmy berkata, operasi selesai pada jam 1.20 petang kemudian manakala reptilia itu dilepaskan ke habitat asal yang jauh dari kawasan rumah penduduk.

* Follow us on Instagram and join our Telegram and/or WhatsApp channel(s) for the latest news you don't want to miss.

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.