Terkenal Dalam Drama Kung Fu, Pelakon Terkenal Hong Kong, Yu Chi-Ming Meninggal Dunia

Entertainment
12 Nov 2022 • 9:38 PM MYT
Siakap Keli
Siakap Keli

We’re a fast growing company with over 20 million page views per month.

image is not available

Terkenal Dalam Drama Kung Fu, Pelakon Terkenal Hong Kong, Yu Chi-Ming Meninggal Dunia

Berita pemergian pelakon terkenal yang banyak membintangi drama dan filem berteraskan seni mempertahankan diri, kung fu itu diumumkan oleh anak lelakinya menerusi laman Instagram milik mendiang semalam.

image is not available
Kredit: Instagram

Hantaran tersebut menunjukkan gambar monokromatik mendiang Yu sedang berkerusi roda, bersama kapsyen yang bertulis, “Selamat tinggal, ayah,”

image is not available
Kredit: Instagram

Perjalanan Karier Lakonan Berdekad-dekad Lamanya

Menurut sebuah penulisan dari Hype Malaysia, Yu mempunyai perjalanan karier yang sangat panjang iaitu selama 40 tahun dalam industri hiburan. Mendiang sangat dikenali dan sering bekerjasama dengan syarikat penyiaran Hong Kong, TVB.

image is not available
Gambar via Weibo

Antara peranan yang berjaya mengharumkan namanya menerusi watak Jiang Ziya dalam drama Gods of Honour pada 2001. Selain itu, Yu Chi-ming turut berlakon dalam beberapa drama lain seperti Journey to the West, War and Beauty.

Menurut Lianhe Zaobao (Zaobao), Yu telah meninggalkan TVB pada 2021 dan mendedahkan pihak TVB tidak lagi mahukan dirinya disebabkan ‘tua dan tidak berguna’.

Seterusnya, beliau menyertai ViuTV dan menjadi bintang dalam sebuah karya terbaharu berjudul 940920.

image is not available
Kredit: Instagram

Namun pada awal 2022, Yu Chi-ming didapati menghidapi strok dan menyebabkan badannya lumpuh pada belah kiri. Akibatnya, pergerakkan mendiang menjadi terbatas dan terpaksa bergantung kepada kerusi roda untuk menjalani kehidupan seharian.

Sumber: Mothership