"Terkesima Dengar Laungan Azan!" - Qatar Berjaya Tarik Minat Pelancong Terhadap Islam Melalui Piala Dunia

2 Dec 2022 • 5:36 PM MYT
Rileklah
Rileklah

Lifestyle & travel news. Malaysian-style travel, tips, food, hotel and more!

image is not available

Pemilihan Qatar sebagai lokasi Piala Dunia 2022 boleh dikatakan cukup kontroversi. Ada yang berpendapat bagaimana Qatar satu negara kecil boleh dipilih atas pelbagai faktor yang pada awalnya tidak masuk akal. Kononnya FIFA telah dirasuah, dituduh melanggar hak asasi manusia dan pelbagai lagi.

Namun biarpun dihambat kontroversi, Qatar sebagai tuan rumah Piala Dunia dan negara yang membawa nilai-nilai Islam setakat ini berjaya mendapat pujian dari para pelancong yang datang untuk merasai sendiri kemeriahan dan demam Piala Dunia.

Video yang sedang mendapat perhatian netizen di Twitter, di mana jelas kelihatan beberapa orang pelancong berdiri di belakang Bilal yang sedang melaungkan Azan sambil merakam momen tersebut.

Selain itu, seorang pengguna Facebook Dr Muhammad Salah memuat naik satu gambar dan kapsyen dimana seorang pelancong yang bertanyakan beberapa soalan tentang Islam

image is not available