TERKINI: Bekas PM Jepun Shinzo Abe Disahkan Meninggal Dunia Selepas Ditembak Pagi Tadi

8 Jul 2022 • 5:50 PM MYT
I Love Borneo
I Love Borneo

Laman infotainment, gaya hidup dan pelancongan di Borneo

image is not available

Shinzo Abe telah ditembak pagi tadi semasa memberi ucapan di Nara, Jepun

TERKINI: Bekas PM Jepun Shinzo Abe Disahkan Meninggal Dunia Selepas Ditembak Pagi Tadi. Dilaporkan bekas perdana menteri Jepun, Shinzo Abe, disahkan meninggal dunia.

Berita ini susulan insiden tembakan yang berlaku pagi tadi di Nara, di mana Abe sedang berucap sebelum ditembak dari belakang oleh seorang lelaki residen Nara, Jepun.

image is not available
TERKINI: Bekas PM Jepun Shinzo Abe Disahkan Meninggal Dunia Selepas Ditembak Pagi Tadi

Disahkan meninggal dunia pada 5:03PM masa tempatan Jepun

Menurut laporan, Shinzo Abe disahkan meninggal dunia pada jam 5:03PM masa tempatan Jepun oleh ketua Nara Medical University.

Ketika sidang akhbar di hospital, doktor berkata Abe meninggal dunia akibat pendarahan yang berlebihan dan peluru yang membunuhnya telah menembusi cukup dalam untuk sampai pada jantung mendiang.

image is not available
Tempat kejadian selepas insiden tersebut. Kredit foto: Reuters

Seorang suspek yang merupakan penduduk Nara berusia 40-an, Tetsuya Yamagami, telah ditahan susulan kejadian. Ia juga dilaporkan bahawa suspek tidak cuba melarikan diri dan ditahan untuk disoal siasat di balai polis Nara Nishi.

Suspek dipercayai menggunakan pistol buatan sendiri dan rakaman video kejadian menunjukkan anggota keselamatan bergelut dengan suspek ke tanah berhampiran dengan tempat Abe berdiri beberapa saat selepas tembakan kedengaran.

Pagi tadi, bekas PM Jepun Shinzo Abe ditembak ketika memberi ucapan: