TERKINI: Bojan Hodak sah jurulatih baharu Harimau Malaya!

LocalFootball
24 Nov 2026 • 12:00 AM MYT
Stadium Astro
Stadium Astro

The latest sports results, news, match highlights, schedules and more

TERKINI: Bojan Hodak sah jurulatih baharu Harimau Malaya!

Bojan Hodak sah dilantik selaku ketua jurulatih baharu Harimau Malaya berkuat kuasa hari ini menurut kenyataan terkini oleh Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM).

Ia, sekali gus menamatkan pelbagai spekulasi sebelum ini dan menggantikan pengendali interim, Tan Cheng Hoe.  

Namanya bukanlah asing di Malaysia apabila pernah bergabung dengan Johor Darul Ta'zim (JDT) dengan kejuaraan Liga Super 2014.

Saat manis sewaktu ketibaannya apabila membantu Kelantan memperoleh kejayaan memukau dengan gelaran treble Liga Super 2012, Piala FA dan Piala Malaysia.

 

 

 

Sebelum meninggalkan kancah domestik dan berkelana ke Indonesia bersama Persib Bandung, jurulatih kelahiran Croatia itu mengetuai pasukan Kuala Lumpur (KL) City merangkul Piala Malaysia 2021 menewaskan JDT serta membawa skuad Warga Kota itu ke final Piala AFC tahun berikutnya.

Hodak juga pernah diberi tanggungjawab menerajui skuad bawah 19 tahun (B-19) negara.

Dengan pelantikannya itu, dia akan menjadi jurulatih ke-45 Harimau Malaya dalam sejarah dengan status pengendali ke-20 selaku jurulatih import. 

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved