(TERKINI) Detik-Detik Pesawat Air India Terhempas, Nasib 242 Penumpang Dalam Tanda Tanya

12 Jun 2025 • 6:33 PM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Industri penerbangan terkejut dengan insiden pesawat Air India yang terhempas sejurus selepas berlepas dari Ahmedabad pada Khamis.

Pesawat tersebut membawa seramai 242 orang, namun maklumat mengenai keadaan mereka masih belum diketahui.

Air India telah mengesahkan kejadian tersebut. Dari jumlah penumpang, 169 adalah warga India, 53 dari Britain, 7 dari Portugal, dan seorang dari Kanada.

image is not available

image is not available

Video detik-detik nahas turut tular di media sosial, menunjukkan pesawat terbang rendah sebelum terhempas. Kepulan api dan asap jelas kelihatan.

Portal berita ANI melalui laman X turut berkongsi keadaan di lokasi kejadian, di mana pihak bomba sedang bertungkus-lumus memadamkan api, termasuk di beberapa bangunan yang terbakar akibat pesawat itu.

Pihak berkuasa penerbangan awam mengesahkan bahawa pesawat Boeing 787-8 Dreamliner tersebut terhempas di luar perimeter lapangan terbang.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

image is not available 21 hours ago

"Hukum Pemandu Cuai Puasa Dua Bulan Berturut-Turut & Wajib Bayar Pampasan" - Ulama