TERKINI: GPS Menerima Permohonan Maaf DAP Dengan Hati Terbuka

24 Nov 2022 • 6:04 PM MYT
I Love Borneo
I Love Borneo

Laman infotainment, gaya hidup dan pelancongan di Borneo

image is not available

Permohonan maaf kepada kerajaan Sarawak serta seluruh rakyat Sarawak

TERKINI: GPS Menerima Permohonan Maaf DAP Dengan Hati Terbuka. Pimpinan tertinggi Gabungan Parti Sarawak (GPS) hari ini telah menerima kunjungan hormat daripada Setiausaha Agung Parti Tindakan Demokratik (DAP), YB Anthony Loke.

Menerusi kenyataan media yang disiarkan oleh Unit Komunikasi Awam Sarawak (UKAS), kunjungan hormat tersebut adalah bertujuan bagi mengemukakan permohonan maaf secara bersemuka kepada pihak GPS.

image is not available
TERKINI: GPS Menerima Permohonan Maaf DAP Dengan Hati Terbuka. Sumber: UKAS

Permohonan maaf dibuat secara bersemuka dan terbuka di media sosial

Permohonan maaf tersebut dikemukakan untuk sebarang kenyataan menyinggung perasaan kerajaan Sarawak, serta rakyat Sarawak yang pernah dikeluarkan oleh parti berkenaan sebelum ini.

Permohonan maaf secara bersemuka ini disusuli oleh permohonan maaf oleh Pengerusi Nasional DAP, YB Lim Guan Eng di laman Facebook rasmi beliau.

image is not available
Sumber: FB Lim Guan Eng

Di pihak GPS, mereka menyatakan bahawa pihaknya menerima permohonan maaf tersebut dengan hati yang terbuka.

Dalam pada masa yang sama, GPS juga sebelum ini akur dengan titah Seri Paduka Baginda untuk membentuk Kerajaan Perpaduan serta urusan pelantikan Perdana Menteri ke-10 mengikut lunas Perlembagaan Negara.