(TERKINI) Harimau Malaya: Tujuh pemain tarik diri daripada skuad kebangsaan?

LocalFootball
9 Nov 2026 • 12:00 AM MYT
Stadium Astro
Stadium Astro

The latest sports results, news, match highlights, schedules and more

(TERKINI) Harimau Malaya: Tujuh pemain tarik diri daripada skuad kebangsaan?

Tular di media sosial hari ini berhubung desas-desus dakwaan seramai tujuh pemain daripada sebuah kelab gergasi Liga Super akan menarik keluar semua pemainnya daripada skuad kebangsaan.

Begitupun, masih tiada makluman lanjut mengenai status tujuh pemain itu mahupun alasan di sebalik penarikan diri itu.

Untuk rekod, skuad kendalian Tan Cheng Hoe bakal mengharungi dua perlawanan persahabatan Tier 1 berdepan China dan Yaman pada 14 November ini di Stadium Zhaoqing New District Sports Centre, Guangdong.

Seramai 24 pemain telah dipanggil menyertai kem latihan pusat dengan Cheng Hoe mengekalkan seramai 11 pemain daripada skuad yang memacu Harimau Malaya meraih tempat ketiga di Piala ASEAN FIFA 2026 pada Ogos lalu.

Laporan Harian Metro memetik sumber sebagai berkata, "Dimaklumkan semua pemain kelab terbabit kemungkinan besar tidak akan menyertai kem latihan skuad Harimau Malaya dan punca penarikan semua pemain itu tidak diberitahu secara terperinci.

"Setakat ini, keputusan kelab terbabit adalah muktamad sekali gus menyebabkan Cheng Hoe perlu mencari pengganti segera dalam tempoh terdekat ini." katanya.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved