TERKINI : Hujan Lebat Penyebab Banjir Kilat Di Padang Merdeka Kuching

28 Sep 2022 • 5:35 PM MYT
I Love Borneo
I Love Borneo

Laman infotainment, gaya hidup dan pelancongan di Borneo

image is not available

Beberapa kawasan turut dilaporkan dinaiki air

TERKINI : Hujan Lebat Penyebab Banjir Kilat Di Padang Merdeka Kuching. Akibat cuaca hujan lebat yang telah melanda di kawasan Sarawak sejak beberapa hari yang lalu, beberapa bahagian di Sarawak dilanda banjir kilat terutamanya di kawasan rendah seperti Kuching.

Heboh di media sosial terkini, beberapa kawasan termasuklah di Padang Merdeka Kuching telah naik air hingga melebihi atas paras kaki akibat hujan yang berterusan dari tengahari tadi.

image is not available
TERKINI : Hujan Lebat Penyebab Banjir Kilat Di Padang Merdeka Kuching. Sumber: iloveborneo

Padang Merdeka dinaiki air hingga melebihi paras kaki

Air yang naik akibat banjir kilat tersebut telah menyebabkan beberapa kenderaan rosak di tengah jalan raya, hingga terpaksa meminta orang ramai untuk bantu menolak kenderaan tersebut.

Lihat beberapa video di bawah:

https://www.facebook.com/SarawakRoadsUpdate/videos/634975794923135/

https://www.facebook.com/achmeddyouseff/videos/2286786608162251

Kawasan Satok turut dinaiki air

Tidak hanya di kawasan Padang Merdeka, di Satok kawasan SJK Chung Hua No 4 turut dinaiki air akibat hujan lebat yang berterusan.

Sehubungan itu, semua agensi yang terlibat telah dikerah dan membuat persiapan untuk menghadapi segala kemungkinan termasuk bencana banjir yang dilihat bakal berterusan di Sarawak.

https://www.facebook.com/SarawakRoadsUpdate/videos/1987504061455122/

Harap pemandu di luar sana berhati-hati ketika memandu

Buat pemandu di luar sana, berhati-hati ketika memandu memandangkan hujan yang berterusan telah membuatkan jalan raya licin.

Beberapa buah kawasan turut mengalami kesesakan luar biasa pada hari ini kerana jalan raya yang licin mengakibatkan trafik bergerak perlahan.

image is not available
TERKINI : Hujan Lebat Penyebab Banjir Kilat Di Padang Merdeka Kuching. Sumber: FB Achmed D. Youseff

Baca ramalan cuaca MetMalaysia di pautan bawah: