Terkini! Ini Perkembangan Lelaki Cuba Bantu Selamatkan Dua Beradik Lemas Yang Hilang

4 Jun 2023 • 9:20 PM MYT
Oh! Media
Oh! Media

Made in Malaysia by Malaysian.

Sebelum ini kami melaporkan yang terdapat seorang lelaki dewasa berusia 30-an cuba untuk menyelamatkan dua beradik yang lemas masih hilang sehingga kini walaupun kedua-dua mangsa telah dijumpai.

Menurut laporan Kosmo, misi mencari dan menyelamat lelaki yang dikhuatiri lemas itu akan bersambung esok.

image is not available

Sejak pukul 3 petang tadi mangsa gagal ditemui jadi operasi akan disambung esok disebabkan cuaca gelap serta keadaan tidak mengizinkan dan perkara ini dikatakan sendiri Timbalan Ketua Polis Daerah Sepang, Superintendan Md. Noor Aehwan Mohammad.

Sebelum ini, dua kanak-kanak disahkan lemas dan mayat mereka ditemui orang awam dan nelayan sekitar 2.30 hingga 3 petang tadi.

Dua kanak-kanak berkenaan adalah adik-beradik manakala lelaki yang masih hilang itu pula tidak mempunyai kaitan hubungan persaudaraan dengan kedua-dua mangsa.

Apapun, semoga semuanya dipermudahkan..

Kredit: Kosmo

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved