TERKINI: Ini Senarai Penerbangan Terjejas ke Sabah Sarawak Ekoran Letusan Terbaharu Gunung Ruang

1 May 2024 • 11:59 AM MYT
I Love Borneo
I Love Borneo

Laman infotainment, gaya hidup dan pelancongan di Borneo

image is not available

Kesan letupan Gunung Ruang ke atas penerbangan AirAsia dan MAS

Disebabkan oleh letusan terbaru Gunung Ruang, beberapa penerbangan AirAsia dan MAS telah terjejas ke atau dari Kuching, Sibu dan Bintulu.

AirAsia dan Malaysia Airlines telah memaklumkan semua pelanggan yang terjejas dan menawarkan peruntukan untuk membantu mereka membuat pengaturan perjalanan alternatif.

image is not available
Penerbangan AirAsia Ke Sabah Sarawak Terjejas Ekoran Letusan Terbaru Gunung Ruang

Semak e-emel dan telefon bimbit yang berdaftar

Pelanggan yang mengembara ke dan dari destinasi yang terjejas digalakkan untuk menyemak e-mel dan telefon bimbit yang berdaftar untuk mendapatkan pemberitahuan pembatalan.

Senarai penerbangan AirAsia terjejas atau dibatalkan

image is not available

Menurut laman web AirAsia, AirAsia akan terus memantau keadaan dengan teliti dan akan memberikan maklumat terkini mengenai perkembangan kepada pelanggan secara langsung dan di semua saluran komunikasi utama.

Dalam pada itu, laman web Malaysia Airlines turut memaklumkan mengenai pembatalan penerbangan dan akan mengembalikan semula penerbangan berikut dengan masa baharu.

Senarai penerbangan MAS terjejas atau dibatalkan

MH2660D (KUL-TWU) – pada mulanya MH2660
MH2661D (TWU-KUL) – pada mulanya MH2661

MH2608 (KUL-LBU)
MH2609 (LBU-KUL)

MH2710 (KUL-SDK)
MH2711 (SDK-KUL)
MH2711 (SDK-KUL)
MH2668 (KUL-SDK)
MH2669 (SDK-KUL)

MH2594 (KUL-MYY)
MH2593 (MYY-KUL)
MH2574 (KUL-MYY)
MH2575 (MYY-KUL)
MH2716 (KUL-SBW)
MH2715 (SBW-KUL)

Untuk meminimumkan kesulitan yang disebabkan oleh pembatalan yang tidak dijangka, Malaysia Airlines dan AirAsia menawarkan pelanggan yang terjejas perubahan satu kali pada jadual perjalanan mereka secara percuma. Layari laman web AirAsia dan Malaysia Airlines untuk mengetahui maklumat lanjut.

AirAsia dan MAS terus memantau keadaan dengan teliti dan akan memberikan maklumat terkini mengenai perkembangan kepada pelanggan secara langsung dan di semua saluran komunikasi utama.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved