(TERKINI) Iran Lancar Perang Berskala Penuh Terhadap Amerika Syarikat

WorldPolitics
21 Jul 2026 • 4:01 PM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

Presiden Iran, Masoud Pezeshkian mengisytiharkan bahawa negaranya kini berdepan perang berskala penuh dengan Amerika Syarikat (AS) susulan peningkatan serangan Washington di beberapa lokasi di republik Islam itu.

Kenyataan berkenaan dibuat ketika tentera AS meneruskan serangan udara terhadap Iran, manakala Tehran pula melancarkan serangan balas terhadap beberapa sasaran di rantau tersebut.

Advertisement

iran us

“Hakikatnya, hari ini Republik Islam Iran sedang terbabit dalam perang berskala penuh,” kata Pezeshkian menurut kenyataan yang dikeluarkan pejabat presiden.

Media dan pihak berkuasa tempatan dilaporkan mengesan serangan AS di beberapa kawasan di utara serta tengah Iran, termasuk lokasi yang dipercayai menempatkan kemudahan ketenteraan.

Pada masa sama, Kor Pengawal Revolusi Islam (IRGC) Iran mendakwa pihaknya turut melancarkan serangan terhadap beberapa sasaran di Bahrain, Jordan dan wilayah Syria, manakala beberapa kapal dilaporkan terbakar serta meletup di sekitar Selat Hormuz.

Bagaimanapun, sebahagian dakwaan berkaitan serangan berkenaan masih belum dapat disahkan secara bebas.

View this post on Instagram

Konflik itu turut memasuki fasa baharu apabila kumpulan Houthi di Yaman mengumumkan sekatan maritim terhadap Arab Saudi, sekali gus mengancam laluan eksport minyak Riyadh melalui Laut Merah.

Sekatan berkenaan dijangka memberi tekanan kepada Arab Saudi yang menggunakan Pelabuhan Yanbu dan laluan Bab al-Mandeb sebagai alternatif selepas pergerakan kapal melalui Selat Hormuz terjejas.

Bagaimanapun, kumpulan Houthi masih belum memperincikan bagaimana sekatan tersebut akan dikuatkuasakan. Arab Saudi pula menegaskan bahawa sebarang ancaman terhadap kapal yang melalui laluan berkenaan akan ditangani dengan tegas.

Ketegangan terbaharu itu turut menyebabkan pergerakan kapal melalui Selat Hormuz semakin perlahan serta mendorong kenaikan harga minyak ke paras tertinggi dalam tempoh sebulan.

Sejak konflik tercetus pada 28 Februari lalu, seramai 17 anggota tentera AS dilaporkan terkorban, termasuk kematian terbaharu membabitkan anggota yang bertugas di Jordan dan Iraq. – HARIAN METRO

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

tunku azizah2026-07-20 14:37:17

Tunku Azizah 'Jemput' Masyarakat Orang Asli Tinggal Di Tanah Milik Baginda Di Maran

The post (TERKINI) Iran Lancar Perang Berskala Penuh Terhadap Amerika Syarikat first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved