(TERKINI) Kamal Adli & Uqasha Senrose Sah Cerai Talak Satu

LocalEntertainment
12 Jan 2026 • 2:12 PM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

Hari ini, pasangan selebriti Kamal Adli dan Uqasha Senrose telah pun sah bercerai talak satu selepas kemelut rumah tangga menjadi perhatian sejak hujung tahun lalu.

image is not available

Advertisement

Difahamkan lafaz cerai yang dilakukan oleh aktor Kamal atau nama sebenarnya, Ahmad Kamal Adli, 40, dihadapan Hakim Syarie, Siti Noraini Mohd Ali pada 12.56 tengah hari tadi.

Sekadar info, pasangan tersebut mendirikan rumah tangga pada 4 November 2021 di majlis tertutup di Janda Baik, Pahang dan hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan seorang cahaya mata yang diberi nama Hawra Uqaira yang kini berusia 1 tahun 8 bulan.\

image is not available

Bagaimanapun, perkahwinan yang dibina tidak bertahan lama selepas aktres, Uqasha memfailkan perceraian pada 1 Oktober tahun lalu.

image is not available2025-12-22 17:28:58

“Itu Anak Kandung Saya” – Kamal Adli Tegur Hantaran Netizen Disifatkan Melampau

The post (TERKINI) Kamal Adli & Uqasha Senrose Sah Cerai Talak Satu first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.