[TERKINI] Kebakaran Di Jalan Padungan, Orang Ramai Sempat Selamatkan Mangsa

5 Dec 2024 • 5:57 PM MYT
I Love Borneo
I Love Borneo

Laman infotainment, gaya hidup dan pelancongan di Borneo

image is not available

Kebakaran di Padungan, tindakan pantas orang ramai raih perhatian

Sebuah kejadian kebakaran telah mengejutkan penduduk setempat di kawasan Jalan Padungan baru-baru ini.

Menerusi video yang tular di media sosial, difahamkan kejadian berlaku di sebuah bangunan berhampiran kedai popular, Pure Fishball, yang sering menjadi tumpuan ramai.

image is not available
[TERKINI] Kebakaran Di Jalan Padungan, Orang Ramai Sempat Selamatkan Mangsa

Namun, apa yang mencuri perhatian adalah keberanian orang ramai yang pantas bertindak menyelamatkan penghuni di tingkat atas bangunan, kedai Pua Hong Hin tersebut.

Dengan menggunakan tangga, mereka membantu mangsa turun satu per satu, membuktikan semangat kemasyarakatan yang masih menebal dalam kalangan kita semua.

Kejadian ini bukan sahaja menyentuh hati penduduk Sarawak, tetapi juga mengingatkan kita semua tentang pentingnya semangat kerjasama dan kepedulian dalam menghadapi situasi kecemasan.

Bagaimanapun, buat masa ini, punca kebakaran masih belum diketahui.

Baca juga artikel yang pernah kami terbitkan mengenai kebakaran yang berlaku di Sarawak: