TERKINI: Lelaki Didakwa Kelar Isteri Dan Bayi 3 Bulan Negatif Dadah

5 Jul 2022 • 3:02 PM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Hangat diperkatakan ketika ini tentang kes kematian seorang wanita bersama bayinya berusia 3 bulan akibat dikelar di leher.

Susulan penemuan mayat mereka di depan rumah, seorang lelaki yang sebelum itu tular menunggang motor di dalam keadaan telanjang telah ditahan pihak polis.

image is not available

Lelaki yang juga merupakan suami mangsa itu didakwa membunuh kedua-dua mangsa dan muncul pelbagai tanda tanya di media sosial tentang motifnya.

Antara yang paling banyak dikatakan adalah suspek mengambil bahan terlarang apatah lagi bapa mangsa sendiri berkata menantunya tertekan kerana masalah kerja.

Terbaru, pihak polis mengesahkan bahawa suspek tidak berada di bawah pengaruh dadah. Menurut Kosmo, ujian saringan awal air kencing dijalankan ke atasnya mendapati keputusan adalah negatif.

image is not available

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, Asisten Komisioner Raub Selamat berkata, pihaknya masih lagi menjalankan siasatan bagi mengetahui motif sebenar pekerja pencucui kapal itu bertindak sebegitu.

Hasil pemeriksaan awal, kita dapati suspek bukan dibawah pengaruh dan masih menyiasat motif kejadian itu berlaku.”

Semalam, suspek yang berusia 25 tahun itu ditangkap dan kini ditahan reman selama tujuh hari sehingga Isnin depan untuk membantu siasatan.

image is not available 23 jam lalu

"Korang Tak Kenal Dia!" - Bercinta Sejak Tingkatan 4, Rakan-Rakan Bertegas Suspek Orang Yang Baik