Terkini Mengenai Kes Arwah Adik Fahmi Hafiz Yang Meninggal Dunia Akibat Tercekik ‘Gummy Eye Ball’

21 Feb 2025 • 10:25 AM MYT
Oh! Media
Oh! Media

Made in Malaysia by Malaysian.

image is not available
Kanak-kanak meninggal dunia

Seorang kanak-kanak lelaki, Mohamad Fahmi Hafiz Mohammad Fakhruddin meninggal dunia selepas tercekik gula-gula kenyal berbentuk mata semalam.

Menurut laporan Kosmo, jenazahnya akan menjalani proses bedah siasat pagi ini di Hospital Pulau Pinang (HPP) bagi mengenal pasti punca sebenar kejadian.

Bapa minta beri ruang

image is not available

Bapanya, Mohammad Fakhruddin Mohamad Fikri meminta untuk diberikan ruang bagi dirinya menyelesaikan urusan berkaitan sebelum memberikan sebarang kenyataan lanjut.

Nanti saya akan cakap selepas selesai urusan bedah siasat.

Kritikal selepas insiden di kelas agama

image is not available

Menurut laporan, Mohamad Fahmi mula tidak sedarkan diri ketika menghadiri Kelas al-Quran dan Fardu Ain di Sungai Dua, Butterworth pada Selasa lalu sekitar jam 2.30 petang.

Ketika kejadian, mangsa meminta izin ke tandas selepas dipercayai tersedak, namun tiba-tiba rebah dan tidak sedarkan diri.

Dia kemudiannya dikejarkan ke hospital dan ditempatkan di Unit Rawatan Rapi Pediatrik (PICU) HPP dalam keadaan kritikal sebelum menghembuskan nafas terakhirnya pada jam 11 malam semalam.

#OhmediaNasihat

Kejadian ini menjadi peringatan buat ibu bapa untuk lebih berhati-hati terhadap makanan yang diberikan kepada anak-anak. 

Pastikan mereka mengunyah dengan betul dan elakkan makanan yang berisiko tinggi menyebabkan tercekik, terutama bagi kanak-kanak kecil.

image is not available

Jap!


Baca dulu respon netizen di X dan Facebook.
Rujukan kami: Kosmo


The post

appeared first on

.