Terkini Mengenai Kes Ismail Sabri, SPRM Tunggu Dokumen Bank!

LocalPolitics
11 Mar 2025 • 10:24 AM MYT
Oh! Media
Oh! Media

Made in Malaysia by Malaysian.

image is not available
sprm mail

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) kini giat menyiasat kes rasuah dan pengubahan wang haram yang dikaitkan dengan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob. 

Menurut laporan Berita Harian, sebanyak 36 individu sudah dirakam percakapan, termasuk 32 saksi dan 4 bekas pegawai beliau.

32 saksi dan 4 bekas pegawai sudah ditemu bual

image is not available

Bukan tu jer, 23 lagi saksi baharu akan dipanggil dalam masa terdekat bagi membantu siasatan.

Empat lagi saksi sedang dalam proses rakaman percakapan.

SPRM tunggu dokumen bank

image is not available

Selain merakam keterangan saksi, SPRM juga telah memohon dokumen bank yang berkaitan. Setakat ini, agensi yang terlibat masih dalam proses menyediakannya untuk diserahkan kepada SPRM.

Pada Jumaat lepas, pegawai penyiasat SPRM turut menemubual seorang doktor bergelar Datuk di sebuah hospital di Petaling Jaya bagi mengesahkan tahap kesihatan Ismail Sabri.

Sebelum ini, bekas Perdana Menteri ke-9 itu sepatutnya hadir ke Ibu Pejabat SPRM untuk memberi keterangan tapi gagal berbuat demikian atas alasan kesihatan.

Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki kemudian memaklumkan bahawa sesi rakaman percakapan ditunda ke hari Rabu ini kerana Ismail Sabri masih mempunyai sijil cuti sakit (MC).

#ApaKataOhmedia

Kes ini masih dalam siasatan dan kita perlu mengelakkan sebarang spekulasi sebelum ada keputusan rasmi. Beri ruang kepada SPRM untuk menjalankan tugas mereka dengan adil dan telus.

image is not available

Jap!


Baca dulu respon netizen di X dan Facebook.
Rujukan kami: Berita Harian


The post

appeared first on

.