Terkini Mengenai Pekerja Pajak Gadai Dalam Kes Bunuh Norshamira!

LocalPolitics
21 Feb 2025 • 7:06 PM MYT
Oh! Media
Oh! Media

Made in Malaysia by Malaysian.

image is not available
norshamira

Seorang pekerja pajak gadai berusia 42 tahun yang sebelum ini ditahan bagi membantu siasatan kes pembunuhan seorang peniaga wanita di Kuantan, Norshamira telah pun dibebaskan dengan jaminan polis.

Dibebaskan selepas ditahan untuk siasatan kes Norshamira

image is not available

Menurut laporan Harian Metro, lelaki tersebut ditahan reman sejak 15 Februari lalu selepas didapati menggadaikan barang emas yang dipercayai milik mangsa dan perkara ini dikatakan sendiri Ketua Polis Daerah Kuantan, Asisten Komisioner Wan Mohd Zahari Wan Busu.

Dia ditahan reman bagi membantu polis selepas siasatan mendapati suspek mengunjungi kedai pajak di Kuala Terengganu untuk menggadaikan barang emas.

Pihak polis kemudiannya membebaskannya dengan jaminan selepas selesai merakam keterangannya. Suspek utama kes ini masih dalam tahanan reman sehingga 28 Februari.

Tiada lagi tangkapan baru?

image is not available

Berdasarkan siasatan, polis tidak menjangkakan sebarang tangkapan baharu berkaitan kes ini buat masa ini.

Untuk rekod, suspek utama berusia 53 tahun telah ditahan pada 15 Februari di Kuala Terengganu, hanya beberapa jam sebelum pekerja pajak gadai itu ditangkap.

Kes ini masih dalam siasatan, dan orang ramai dinasihatkan untuk tidak membuat sebarang spekulasi yang boleh mengganggu proses undang-undang.

image is not available

Jap!


Baca dulu respon netizen di X dan Facebook.
Rujukan kami: Harian Metro


The post

appeared first on

.