TERKINI: Pakai Pelitup Muka Di Kawasan Tertutup Pilihan Individu Mulai Hari Ini

7 Sep 2022 • 4:55 PM MYT
I Love Borneo
I Love Borneo

Laman infotainment, gaya hidup dan pelancongan di Borneo

image is not available

Dah tak wajib, gais.

Setelah memberikan bayangan tentang keputusan pemakaian pelitup muka beberapa hari yang lalu, Menteri Kesihatan Malaysia, Khairy Jamaluddin akhirnya mengumumkan hari ini bahawa pemakaian pelitup muka di dalam kawasan tertutup kini adalah pilihan individu.

Ini bermakna pemakaian pelitup muka ini juga adalah tidak diwajibkan.

image is not available
TERKINI: Pakai Pelitup Muka Di Kawasan Tertutup Pilihan Individu Mulai Hari Ini

Walau bagaimanapun, pemilik premis masih memiliki hak untuk menguatkuasakan pemakaian pelitup muka kepada pengunjung premis mereka.

Pelitup muka masih perlu dipakai sewaktu dalam pengangkutan awam, fasiliti kesihatan

Selain itu, pemakaian pelitup muka ini juga masih terpakai di beberapa kawasan tertutup yang lain seperti apabila berada di dalam pengangkutan awam dan fasiliti kesihatan.

Pesakit yang positif COVID-19 juga masih diwajibkan untuk memakai pelitup muka.

Peraturan baharu ini berkuatkuasa serta merta, menurut Khairy Jamaluddin.

Apa pendapat anda tentang perkara ini? Adakah masih terlalu awal atau sudah wajar untuk kita beransur kembali mengamalkan norma seperti sebelum pandemik? Kongsikan pendapat anda di ruangan komen.

Ramai yang percaya bahawa pelitup muka jenis KF lebih selamat. Namun, tahukah anda bagaimana cara untuk mengenal pasti pelitup muka yang tulen? Kedutaan Korea Selatan ada beri panduan di sini:

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved