TERKINI: Pesta Benak Sri Aman 2024 Terpaksa Ditangguh

10 Oct 2024 • 4:34 PM MYT
I Love Borneo
I Love Borneo

Laman infotainment, gaya hidup dan pelancongan di Borneo

image is not available

Pesta Benak Sri Aman Ke-21 Ditunda ke Akhir November 2024

TERKINI: Pesta Benak Sri Aman 2024 Terpaksa Ditangguh. Hari ini, Jawatankuasa Induk Pesta Benak Sri Aman telah mengumumkan perubahan tarikh penganjuran Pesta Benak Sri Aman edisi ke-21 2024. Pengumuman ini dibuat selepas mesyuarat jawatankuasa yang diadakan di Wisma SADA, Bandar Simanggang.

Menurut kenyataan media rasmi, tarikh asal pesta ini yang dijadualkan pada 15 hingga 17 November 2024 telah ditunda ke 29 November hingga 1 Disember 2024. Keputusan ini diambil berdasarkan faktor-faktor yang tidak dinyatakan secara terperinci dalam pengumuman tersebut.

image is not available
TERKINI: Pesta Benak Sri Aman 2024 Terpaksa Ditangguh

Jawatankuasa Pesta Benak Sri Aman Umum Tarikh Baharu

Mesyuarat jawatankuasa tersebut dipengerusikan bersama oleh Yang Berhormat Datuk Francis Harden anak Hollis, Timbalan Menteri Pendidikan, Inovasi dan Pembangunan Bakat, selaku Penasihat kepada Jawatankuasa Induk Pesta Benak Sri Aman 2024 dan Tuan Mahra bin Salleh, Pemangku Residen Bahagian Sri Aman merangkap Pengerusi Pesta Benak Sri Aman edisi ke-21 2024.

Pihak penganjur menyatakan bahawa segala kesulitan berkenaan dengan perubahan tarikh penganjuran ini amat dikesali. Walau bagaimanapun, mereka tetap komited untuk memastikan kejayaan acara tahunan yang popular ini.

Pesta Benak Sri Aman merupakan acara pelancongan yang dinanti-nantikan di Sarawak, menarik pengunjung tempatan dan antarabangsa untuk menyaksikan fenomena ombak besar di Sungai Batang Lupar, yang dikenali sebagai ‘benak’ atau ‘tidal bore’ dalam bahasa Inggeris.

Baca juga artikel semasa di bawah: