TERKINI: Seorang Lelaki Ditemui Maut Di Stesen Bas Jepak Bintulu

17 Sep 2023 • 9:34 PM MYT
I Love Borneo
I Love Borneo

Laman infotainment, gaya hidup dan pelancongan di Borneo

image is not available

Lelaki ditemui maut oleh orang awam di stesen bas Jepak, Bintulu.

TERKINI: Seorang Lelaki Ditemui Maut Di Stesen Bas Jepak Bintulu. Seorang lelaki telah ditemui maut di Stesen Bas Jalan Jepak di Bintulu pada malam hari ini.

Menurut perkongsian di Facebook mayat lelaki berkenaan dipercayai telah ditemui oleh orang awam yang melalui jalan di stesen bas berkenaan.

image is not available
TERKINI: Seorang Lelaki Ditemui Maut Di Stesen Bas Jepak Bintulu

Pihak polis telah ke lokasi kejadian di mana mayat mangsa akan diuruskan oleh pihak berkuasa.

Menurut sumber awam mangsa dipercayai seorang peniaga yang menjual buah durian di stesen bas di mana mangsa ditemui meninggal dunia.

Oleh demikian, diharap agar pengguna media sosial di luar sana bersama-sama menghormati mangsa dengan tidak menyebarkan sebarang video serta gambar di lokasi kejadian.

Laporan lanjut mengenai kes ini bakal menyusul.

Lagi berita terkini untuk anda di sini:

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved