
Tiada lagi sosok penghibur di Kota Samarahan
Terkini: Siti Samarahan Meninggal Dunia. Siapa yang tidak mengenali sosok wanita yang terkenal dengan gelaran Siti ‘RM3’.
Menerusi perkongsian daripada seorang individu di Facebook, Siti menghembuskan nafas terakhirnya sebentar tadi pada jam 11:53 pagi di Hospital Umum Sarawak.
Namun punca kematiannya tidak didedahkan kepada umum.

Pasti ramai yang akan merindui gelagat Siti RM3 atau nama sebenarnya Siti Binti Kadir selepas ini.
Salam takziah diucapkan.
Semoga rohnya ditempatkan bersama orang-orang beriman.


