(TERKINI) Tiada Orang Ketiga, Aziz M. Osman & Puteri Lily Umum Cerai

6 Aug 2023 • 10:03 PM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Rumah tangga yang dibina sejak 13 tahun lalu tidak dapat dipertahankan oleh pasangan selebriti, Aziz M. Osman dan isteri, Puteri Lily.

Difahamkan, pengumuman perpisahan mereka diumum sendiri di laman Instagram.

Kata Puteri Lily, sejak kebelakang ini ramai yang bertanya berkenaan status perkahwinan mereka dan kerana itu dia memberitahu, demi elak fitnah di masa akan datang.

Biarpun mengambil keputusan untuk bercerai, Puteri Lily memberitahu dia dan Aziz berpisah dalam keadaan baik awal bulan lalu.

Tiada kaitan orang ketiga. Ditakdirkan jodoh kami sampai di sini.

Sekadar info, Aziz M. Osman dan Puteri Lily mendirikan rumah tangga pada tahun 2010. Mereka dikurniakan dua orang cahaya mata iaitu Puteri Nur Azzahra, 11, dan Putera Muhamad Aryan, 5.

image is not available 1 year ago

"Dah Tak Kira Halal Haram, Memalukan" - Peminat 'Frust' Nora Danish Tak Jaga Batas Peluk Aziz M Osman & Beego